Allah telah
menjanjikan kelebihan kepada mereka yang menghafal al Quran seperti yang
digambarkan di bawah.
1.MEREKA ADALAH KELUARGA
ALLAH SWT.
Sabda Rasulullah s.a.w:
"Daripada Anas ra.
Ia berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Sesungguhnya Allah itu
mempunyai keluarga yang terdiri daripada manusia." Kemudian Anas berkata
lagi, lalu Rasulullah s.a.w bertanya: "Siapakah mereka itu wahai Rasulullah.
Baginda menjawab: "Iaitu ahli Quran (orang yang membaca atau menghafal Al-
Quran dan mengamalkan isinya).Mereka adalah keluarga Allah dan orang-orang yang
istimewa bagi Allah.
2.DI TEMPATKAN SYURGA
YANG PALING TINGGI
Sabda rasulullah s.a.w:
"Daripada Abdullah
Bin Amr Bin Al Ash ra dari nabi s.a.w, baginda bersabda; Diakhirat nanti para
ahli Al Quran di perintahkan, "Bacalah dan naiklah kesyurga. Dan bacalah
Al Quran dengan tartil seperti engkau membacanya dengan tartil pada waktu di
dunia. Tempat tinggal mu di syurga berdasarkan ayat paling akhir yang engkau
baca."
3.AHLI AL QURAN ADALAH
ORANG YANG ARIF DI SYURGA
Sabda rasulullah s.a.w
"Daripada Anas ra. Bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; "Para
pembaca Al Quran itu adalah orang-orang yang arif di antara penghuni
syurga,"
4.MENGHORMATI ORANG YANG
MENGHAFAL AL QURAN BERERTI MENGAGUNGKAN ALLAH SWT.
Sabda rasulullah
s..a.w "Daripada Abu Musa Al Asya'ari ra.ia berkata bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda: "Diantara perbuatan mengagungkan Allah adalah
menghormati Orang Islam yang sudah tua, menghormati orang yang menghafal
Al-Quran yang tidak berlebih-lebihan dalam mengamalkan isinya dan tidak
membiarkan Al-Quran tidak di amalkan, serta menghormati kepada penguasa yang
adil."
5.HATI PENGHAFAL
AL-QURAN TIDAK DI SEKSA
Sabda rasulullah s.a.w.
" DaripadaAbdullah
Bin Mas'ud ra. Daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: " bacalah Al Quran
kerana Allah tidak akan menyeksa hati orang yang hafal al-quran.
Sesungguhanya Al -Quran
ini adalah hidangan Allah, siapa yang memasukkunya ia akan aman. Dan
barangsiapa yang mencintai Al Quran maka hendaklah ia bergembira."
6.MEREKA LEBIH BERHAK
MENJADI IMAM DALAM SOLAT
Sabda rasulullah s.a.w.
:
"DaripadaIbnu
Mas'ud ra. Dari Rasulullah s.a.w. beliau bersabda; "yang menjadi imam
dalam solat suatu kaum hendaknya yang paling pandai membaca Al Quran."
7.DISAYANGI RASULULLAH
S.A.W
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Jabir Bin
Abdullah ra. Bahawa nabi s.a.w menyatukan dua orang daripada orang-orang yang
gugur dalam perang uhud dalam satu liang lahad.
Kemudian nabi s.a.w.
bertanya, "dari mereka berdua siapakah paling banyak hafal Al Quran?"
apabila ada orang yang dapat menunjukkan kepada salah satunya, maka nabi s.a.w
memasukkan mayat itu terlebih dahulu ke liang lahad."
8.DAPAT MEMBERIKAN
SYAFAAT KEPADA KELUARGA
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Ali Bin
Abi Thalib Karramallahu Wajhah ia berkata, "Barangsiapamembaca Al Quran
dan menghafalnya, maka Allah akan memasukkannya kedalam syurga dan
memberikannya hak syafaat untuk sepuluh anggota keluarganya di mana mereka
semuanya telah di tetapkan untuk masuk neraka."
9.PENGHAFAL AL QURAN
AKAN MEMAKAI MAHKOTA KEHORMATAN
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Abu
Hurairah ra.daripada nabi s.a.w. baginda bersabda: "orang yang hafal Al
Quran nanti pada hari kiamatnanti akan datang dan Al Quran akan berkata;
"Wahai Tuhan ,pakaikanlah dia dengan pakaian yang baik lagi baru."
Maka orang tersebut di berikan mahkota kehormatan. Al Quran berkata lagi:
"Wahai Tuhan
tambahlah pakaiannya." Maka orang itu di beri pakaian kehormatannya. Al
Quran lalu berkata lagi, "Wahai Tuhan, redailah dia." Maka kepadanya
di katakan; "Bacalah dan naiklah." Dan untuk setiap ayat, ia di beri
tambahan satu kebajikan."
10.HAFAL AL QURAN
MERUPAKAN BEKALAN PALING BAIK.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada jabir bin
nufair, katanya rasulullah s.a.w. bersabda; "Sesungguhnya kamu tidak akan
kembali menghadap Allah dengan membawa sesuatu yang paling baik daripada
sesuatu yang berasal daripada-Nya iaitu Al Quran.
11.ORANG TUA MEMPEROLEHI
PAHALA KHUSUS JIKA ANAKNYA PENGHAFAL AL QURAN.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Buraidah
Al Aslami ra, ia berkata bahawasanya ia mendengar Rasulullah s..a.w bersabda:
"Pada hari kiamat nanti, Al Quran akan menemui penghafalnya ketika
penghafal itu keluar dari kuburnya. Al Quran akan berwujud seseorang dan ia
bertanya kepada penghafalnya: "Apakah anda mengenalku?".
Penghafal tadi menjawab;
"saya tidak mengenal kamu." Al Quran berkata; "saya adalah
kawanmu, Al Quran yang membuatmu kehausan di tengah hari yang panas dan membuatmu
tidak tidur pada malam hari. Sesungguhnya setiap pedagang akan mendapat
keuntungan di belakang dagangannya dan kamu pada hari ini di belakang semua
dagangan. Maka penghafal Al Quran tadi di beri kekuasaan di tangan kanannya dan
diberi kekekalan ditangan kirinya, serta di atas kepalanya dipasang mahkota
perkasa. Sedang kedua orang tuanya diberi dua pakaian baru lagi bagus yang
harganya tidak dapat di bayar oleh penghuni dunia keseluruhannya. Kedua orang
tua itu lalu bertanya: "kenapa kami di beri dengan pakaian begini?".
Kemudian di jawab, "kerana anakmu hafal Al Quran."
Kemudian kepada
penghafal Al Quran tadi di perintahkan, "bacalah dan naiklah
ketingkat-tingkat syurga dan kamar-kamarnya." Maka ia pun terus naik
selagi ia tetap membaca, baik bacaan itu cepat atau perlahan (tartil)
12.AKAN MENEPATI KELAS
TERTINGGI DI DALAM SYURGA.
Sabda rasulullah s.a.w.:
"Daripada Sisyah ra
ia berkata, bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda; jumlah tingkatan-tingkatan
syurga sama dengan jumlah ayat-ayat Al Quran. Maka tingkatan syurga yang di
masuki oleh penghafal Al Quran adalah tingkatan yang paling atas, dimana tidak
ada tingkatan lagi sesudah itu.
0 komentar:
Posting Komentar